Tuesday, June 2, 2009

Namaku Nurul Ainun

Namaku Ainun. Maksudnya mata daripada makna bahasa Arabnya. Mmm..mungkin memang sunatullah aku diberi nama ini kerana aku suka memerhati geligat orang lain. Dari situ, aku pun mula mengikut gerak geri mereka, ntah betul ntah salah..fitrahku sejak kecil lagi…Pernah suatu ketika dulu, aku teringin untuk menjadi sebuah kamera. Hanya memerhatikan apa yg terjadi di keliling tanpa melibatkan diri pun dengan masyarakat..haha, macam tak kene je otakku ini.

Tapi memang benar, kerana aku tau dunia ini penuh keperitan, sakit, derita, sedih bila aku menghadapinya.
Tetapi bila waktu gembira, aku teringin nk jadi seperti mereka, seronok, happy-go-lucky, sentiasa dapat apa yg mereka mahukan, bahagia. Macam Farah, rakanku ( namanya pun membawa maksud gembira, wajahnya sentiasa disinari senyuman yg akhirnya membuat orang lain juga tersenyum)

Padahal waktu itu, aku tak sedar bahawa bersama kesulitan itu, ada kesenangan, tak kira menang atau kalah..(surah Al-Insyirah)itulah nikmat yg paling berharga kalau difikir-fikirkan. Di sebalik senyuman dan tawa riang mereka sebenarnya terpalit kesedihan, derita, penat, putus asa dan segala yang aku tidak mau lihat..

Ya, aku mau menjadi sebuah kamera..tapi mau tidak mau aku terpaksa juga menempuh hidup yg berbisa ini selagi nyawa dikandung badan…

Aku melihat lagi, sedangkan aku sedang derita ni, banyak persoalan timbul dalam diriku, kenapa mereka tidak derita sepertimana diriku ini? Mudah sungguh mereka naik tangga itu macam naik escalator, terlalu laju untuk kukejar..mereka tak payah berjalan, berbongkok, dengan membawa batu yang berat di belakangku..ringan sungguh badan mereka…dengan bangga sekali berlari ke puncak (mungkin sambil menyanyi lagu tema AF 'Menuju Puncak'),masing2, wah hidung lagi tinggi dari menara KLCC. sedangkan diriku gemuk, tak dapat berlari laju seperti mereka..dengan lemakku yang makin hari makin bertambah, menarik-narik diriku mengikut graviti, langsung lambat dan lembab, satu demi satu mengira anak tangga yang masih tinggal untuk ku daki..

Padahal, aku tidak lihat orang di bawahku, yang jauh lagi derita dariku,jauh lagi gemuk dariku, beban yang ditimpa malah sangat tinggi dan berpuluh kali ganda lebih berat dari batu yang aku angkut, butir2 mutiara mereka tidak pernah keluar dari sumbernya, malah wajah keazaman dan tak putus asa, sedangkan mereka tau kemungkinan besar mereka takkan dapat sampai ke puncak, walau nk cecah dengan jari pun sukar..

Ada juga orang yang tidak jejak pun anak-anak tangga di depan mereka,(huh, ada juga orang begini? Nasib baik aku bukan seperti mereka) mereka bilang " tak payah lah susah2 nak naik atas tuh, bukannya dapat apa pun..dari menyeksa badan aku lebih baik aku duduk sini, lagi selesa" senyum sengih mereka di situ.. Melayan diri masing2,
Padahal aku pernah membaca papan pengumuman di tengah bandar, tempat aku melepak dahulu, mengatakan ada sesuatu yang amat mewah di atas sana, juga dikatakan bukan harta karun (mungkin sebab harta karun di bawah tanah, mana ada atas puncak, mmm..logik juga) suatu yang aku dan masyarakat kami tak terpikir pun ( lu pikirlah sendiri, ayat Nabil, Raja Lawak)
Barulah aku terpikir, mereka ni tak pikir ke masa depan mereka akan cerah kalau ke puncak tu, walaupun aku sendiri tak tau apa mende lah yg ada kt atas tuh…

Barulah aku tarsadar dari mimpi siangku, bahawa aku selama ini sedang berjalan sambil tidur, tup2, sudah ada di tengah(ermm, mungkin kurang sikit kot dari setengah, kalau tengok pun cam jauh je lagi)
Kalau anda nak tau ataupun dah tau, tidur sambil berjalan nih, matanya boleh celik tau, orang kat sekeliling ingat dia bangun sedangkan masih dalam khayalan tidurnya.

Huh, bahaya sungguh keadaanku ini, silap2 boleh jatuh tergolek menimpa org2 di bawah..aku bkn saja menyusahkan diriku malah org2 lain di bawah..dan tidak lupa juga, digelakkan oleh org atas..

Hah..aku terhenti seketika,..berfikir panjang sambil memerhati org di atas dan org di bawah serta org2 yang mungkin sama level dgn aku atau sama condition dgnku..
"aku nak naik ke, turun ke atau stay?" soalan ni terus bertaip di skrin minda ku, bertalu-talu..hingga aku pun membisu,terkelu, hatiku seperti air yang menggelegak, sama ada menjadi air atau wapnya, ntah aku pun tak tau..gelisah bukan main..

Matahari sudah condong ke barat menunjukkan tanda aku sudah kesuntukan masa..sinar mentari semakin malap…

~Peluang ada di depan mata, Cuma bergantung pada manusia itu untuk yakin atau tidak..
"8. maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya.
9.sungguh beruntung orang yg menyucikannya
Dan sungguh rugi org yang mengotorinya."(As-Syams : 8-10)

Namaku Ainun
Hasil karya Yang Mengharap

2 comments:

  1. kalo muka farah muka gembira, muka saya muka apa pulak ek?

    hehe~

    syaratul,

    'bukan senang nak jadi senang, bukan susah juga nak jadi susah'

    :)

    ReplyDelete
  2. hehe, muka awak muka tenang n cool..mna tau penuh cahaya keimanan, tu yg tenang tuh..
    insyaAllah

    ReplyDelete