Tuesday, February 21, 2012

ibarat air yang mengalir

Alhamdulillah.. today was a great day.
amali lebih baik dr hari semalam. moga Allah redha..

satu hari,aku melintasi suatu parit,
air yang lama bertakung,
tersumbat dek sampah sarap hasil sisa penduduk di situ,
lumut menutupi permukaan air parit itu,
penuh, sampai tidak nampak dasarnya..

amal kita pun boleh jadi begitu kan?
jika ilmu dan fikrah itu tidak dialirkan melalui amal,
seperti air sungai yg mengalir,
maka nasibnya seperti air yg bertakung itu..
lama bertakung,dikumpul dikumpul menjadi toksik pula,
terus tersumbat dgn sisa-sisa jahiliyah kita,
takut2 hati kita juga diselaputi lumut2,
jangan smpai cahaya/nur hidayah Allah tidak smpai ke hati kerana lumut2 itu sudahlah..

masyaAllah, besarnya impak amal itu kan?
cuba lihat pula kesannya pada dakwah kita,jika tidak dimanifestasikan segala teori dlm bntuk amal..

"Perupamaan org2 yg diberi tugas membawa Taurat,kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yg mmbawa kitab2 yg tebal. sangat buruk perumpamaan kaum yg mendustakan ayat2 Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 yang zalim" (62:5)

astaghfirullah al aziim.. moga Allah jauhkan kita dr menjadi org2 yg zalim itu..

ayuh kita mulakan langkah, beserta nawaitu dan IHSAN dalam beramal!! ^_^

Monday, February 20, 2012

Tapak baru

salam ghuraba'

alhamdulillah, kini kembali ghuraba' dari bumi tarbiyah yg penuh biah solehah ke bumi realiti yg penuh mehnah dan ujian yg menanti..
tetapi ganjarannya malah lebih tinggi lagi! masyaAllah..

genap seminggu bertapak di sini, namun gerak langkahnya masih perlahan..mohon ampunan dan perlindungan serta kekuatan dari-Nya untuk terus thabat di jalan ini..

mujahadahku masih lagi di rumah kecil ini..ya Allah.aku juga ingin mnjadi seperti mereka..
pertolonganNya tak pernah putus2...saban hari aku ketemu seorg demi seorg wajah2 yg kurindui saat aku di sana,kini kembali dgn wajah baru,semangat baru dan azam baru..bagaimana tarbiyyah qada' dan qadar Allah boleh mengubah hamba2Nya yg terpilih..

hari ini pula,Allah hadiahkan sms dan miss call dr ukhti yg lama kurindui,yg pertama kali menyentuhku dgn hidayahNya, terus buatku tersenyum dr sesaat td ku bersedih..

ya Allah,ya rasulullah s.a.w.
demi cinta Mu aku berdiri
aku bangkit

dr suatu babak yg aku kenangi,aku merefleksi..

~seorg anak murid dihantar ayahnya utk berguru dgn seorg tok guru,
namun anak ini sgt nakal,dan sntiasa mncari helah utk ponteng atau lari dr tok gurunya,
suatu hari,tika anak murid ini berjaya meloloskan diri dr gurunya,
dia bertemu seorg yang hebat ilmunya dan mencabar kehebatan ilmu si anak itu,
setelah bertarung si anak dapati yg ia kalah dan terpaksa menanggung malu kerana diejek oleh org tersebut,
terus si anak itu berlari kembali kepada tok gurunya
saat itu ia sudah tahu matlamatnya"suatu hari nanti,aku nak jadi lebih hebat dr org itu dan kalahkannya!" langsung si anak itu belajar bersungguh2 dgn tok guru,dan tidak lari walaupun kurang makan,kurang tidur,kurang rehat dsb dr kondisi nya seblm berguru..
dan segala teori cuba dipraktikkan dgn penuh teruja oleh si anak itu.

nah,
manusia ini mudah sgt lalai,lupa,dan leka..
especially jika dia melakukan sesuatu tanpa faham knpa dilakukannya
tetapi once dia tahu matlamat dan hala tujunya,barulah dia akan bersungguh!
segala mehnah dan cabaran langsung tidak menggugatnya utk mncapai matlamat yg dicitakannya..

apatah lagi seorg daie, punya 10 muwasafatnya,
hidupnya diatur melalui solat 5 waktunya,
hidupnya berpusing mengikut arus dakwah dan tarbiyahnya,
ia harus jelas matlamat dan ke mana ia mahu pergi supaya apa shja yg diusahakan menjurus ke arah matlamat yg dicapai..

Mardhotillah harus pertama sekali,
nawaitunya harus diperbaharui dan selalu diingatkan,
menolak segala yg bukan Allah,al wala' wal bara'.
dan aliran fikrah melalui amalnya..

jadilah para shbt sebagai pedoman.
di mana bumi dipijak,di situlah tanah airnya yg aka ia suburi dgn nur hidayahNya
segala tentangan yg ada tidak lgsg meruntunkan jiwanya..
mereka tahu mereka akan berdepan dgn risiko,
tetapi amalnya melebihi dan melampaui apa yg mereka tahu..(sbb kita kdg2 tahu lebih tapi tidak byk amalnya..=( )

moga ayat ini sentiasa jadi ingatan dan penolak kita utk ke hadapan (61:2-3)

wassalam.
dari mata pena ghuraba'
*mujahadah!